Adakah Syaitan @ Jin Dirantai Pada Bulan Ramadan?

Syaitan Dirantai Pada Bulan Ramadhan?



1.0 PENDAHULUAN

Umat manusia baik yang muslim, soleh, jahat, maksiat, bukan Islam dan kafir masih menjalani kehidupan seperti biasa sepanjang bulan Ramadhan ini. Begitu juga dengan bangsa jin. Semua jin termasuklah jin muslim yang melakukan maksiat dan yang bukan muslim tetap hidup seperti biasa sebagaimana  pada bulan-bulan selain Ramadhan.

Tidak percaya? Cuba tanya kepada orang-orang yang bersahabat, berdamping, membela dan seumpamanya tentang jin-jin mereka pada bulan Ramadhan ini. Jin-jin mereka tetap seperti biasa, tidak ke mana-mana.  Sebab itulah gangguan jin tetap berlaku pada bulan Ramadhan ini.

Timbul persoalan……. Bukankah ada hadith mengatakan “syaitan-syaitan dirantai” pada bulan Ramadhan? Terdapat pelbagai pandangan tentang hal ini, namun perkara penting yang kita mesti faham, yang dirantai ialah ‘syaitan-syaitan’, bukannya jin-jin.

Sabda Rasulullah saw :
“Apabila datangnya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga, dan ditutup pintu-pintu neraka, dan dirantai syaitan-syaitan.” (Bukhari, Muslim)

2.0 MAKSUD ‘SYAITAN-SYAITAN DIRANTAI’

Berikut adalah antara pandangan yang popular :

2.1 PERTAMA
Jin pertama dicipta ialah Jaan, sebagaimana manusia pertama dicipta ialah Adam. Dari keturunan Jaan ini kemudiannya lahir satu jin bernama Azazil. Azazil ini kemudiannya menderhaka kepada Allah lalu dikenali sebagai Iblis (1). Maksudnya jin ada banyak tetapi Iblis hanya ada satu.

Kemudian Iblis berjimak (berkahwin?) dengan jin-jin wanita. Anak-anak yang dilahirkan oleh jin-jin wanita inilah yang melahirkan bangsa syaitan. Jin-jin boleh memilih untuk beragama Islam atau tidak, namun para syaitan selamanya tidak dapat menjadi seorang muslim. Mereka akan terus melakukan kerosakan dan hasutan sepanjang hayat mereka. Jadi yang dirantai sepanjang bulan Ramadhan ini hanyalah para syaitan, sedangkan para jin masih bebas beraktiviti seperti biasa.

2.2 KEDUA
‘Syaitan’ merujuk kepada sifat. Manusia atau jin yang mempunyai sifat-sifat buruk tertentu dikenali sebagai syaitan. “Minal jinnati wan naas” dalam Surah An-Naas menyatakan bahawa para penghasut yang timbul tenggelam (yang ditafsirkan oleh para ulama sebagai ‘syaitan’) itu terdiri daripada bangsa jin dan bangsa manusia. Maka istilah ‘syaitan’ itu bukanlah merujuk kepada jin, tetapi kepada manusia dan jin yang mempunyai sifat-sifat tertentu.

“Katakan : Aku berlindung dengan Rabb manusia, Malik manusia, Ilah manusia (2). (Berlindung) daripada kejahatan pembisik dan penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam dada manusia. (Yang terdiri) daripada (bangsa jin) dan (bangsa) manusia. (Surah An-Naas)

Berbalik kepada hadith tadi, yang dirantai atau dibelenggu itu bukanlah jin, tetapi sifat-sifat kesyaitanan yang ada pada diri manusia dan jin.

Mengapa digunakan istilah ‘dirantai/dibelenggu’? Hal itu untuk menyatakan ‘ketidakbebasan’. Sifat-sifat kesyaitanan pada diri manusia dan jin sepanjang bulan Ramadhan ini tidak bebas sepertimana dalam bulan-bulan selain Ramadhan.

Contohnya sifat syaitan pada diri kita sendiri. Antara sifat kesyaitanan yang kita layan pada bulan-bulan selain Ramadhan ialah seperti makan banyak, memandang kepada yang tidak halal, mengumpat, marah-marah, berfikiran jahat dan sebagainya. Tetapi apabila tiba bulan Ramadhan dan kita umat Islam berpuasa, sedikit-sebanyak kita berusaha mengekang sifat-sifat ini  pada siang hari agar puasa kita menjadi puasa yang berkualiti, dan pada malam hari pula kesempatan kita untuk keluar rumah tidak banyak. Hasilnya, sifat-sifat kesyaitanan ini seolah-olah terbelenggu, terantai dan tidak bebas seperti dalam bulan-bulan yang lain. Inilah yang dimaksudkan dengan ‘syaitan-syaitan dirantai’.

2.3 KETIGA
Syaitan-syaitan itu tidak lain ialah semua jin. Sepanjang bulan Ramadhan, semua jin akan hilang buat sementara kerana mereka dirantai pada sesuatu yang entah di mana. Maksudnya tidak ada langsung jin yang bergerak bebas. Oleh kerana kesemua jin sudah dirantai, maka yang menjadi syaitan pada bulan Ramadhan ini ialah nafsu manusia.

Namun pandangan sebegini sudah semakin banyak ditolak umat Islam  kerana pandangan ini gagal menjawab mengapa para pengamal ilmu sihir masih beroperasi seperti biasa dan manusia tetap diganggu atau dirasuk pada bulan Ramadhan ini.

3.0 PENUTUP

Kesimpulannya, hanya Allah yang tahu maksud tepat akan pernyataan “syaitan-syaitan dirantai”. Namun begitu, sekurang-kurangnya kita sebagai umat Islam mestilah meyakini bahawa memang benar “para syaitan dirantai”. Dan tidak menjadi kesalahan pula jika umat Islam berusaha untuk mengkaji maksud “para syaitan dirantai” itu, sebagaimana yang sudah dilakukan oleh para ulama terdahulu. Yang lebih penting, kita mestilah berusaha gigih untuk menyingkirkan sifat-sifat kesyaitanan dari diri kita.

Abu Zulfiqar
1 OGOS 2012

(1)    Para mua’llij sendiri berkhilaf tentang asal-usul Iblis. Satu contoh yang boleh diambil ialah pandangan Ustaz Ismail Kamus (Rawatan Darussalam). Dalam sebuah rakaman, dia berpandangan Azazil/Iblis itu sendiri ialah Jaan. Saya pula lebih meyakini yang Jaan itu ialah jin pertama, manakala Azazil/Iblis itu ialah salah seorang anak cucunya., sebagaimana Adam ialah manusia pertama, manakala Dajjal ialah salah seorang anak cucu Adam. WaAllahua’lam.
(2)    Saya kini lebih suka mengekalkan bunyi asal nama-nama bagi Allah jika menulis terjemahan ayat-ayat Al-Quran (disamping menyertakan terjemahan yang biasa kita baca), kerana ia memberi maksud yang lebih jelas dan khusus. Jika tidak dibuat begitu, kekhususan nama-nama Tuhan itu dan peranannya akan bercampur-baur, dan adakalanya hilang begitu sahaja apabila dalam banyak tempat, semuanya diterjemah atau difahami sebagai ‘Tuhan’ sahaja. Kita lihat kekeliruan penganut agama Kristian apabila kesemua istilah nama-nama Tuhan dan yang bukan Tuhan diterjemahnya sebagai “God” sahaja. Yehowah, Adonai, Eloah, El, Elohim dan sebagainya ditulis “God”. Padahal untuk setiap istilah itu ada maksud yang lebih khusus, menyebabkan ada umat Kristian yang menyembah selain Tuhan sebagai Tuhan. Bagi umat Islam, hal ini mungkin tidak sampai seserius itu, tapi lebih kepada pudarnya kekhususan nama-nama itu. WaAllahua’lam.


Sumber : Blog

Pelajaran dari Anak Toyol

Aku baru selesai pulang dari mendengar ceramah. Jam di tangan menunjukkan pukul 11.30 malam. Dalam keadaan hujan yang turun renyai-renyai aku kesejukan membawa motosikal. Ah..motor ni pula buat hal. Macam mana lampu depan boleh terbakar. Terpaksa aku membawanya dengan berhati-hati maklum sajalah dalam kampung keadaannya gelap disesetengah tempat.



Aku sampai diperkarangan rumah. Tiba-tiba aku terkejut bila seorang budak tercegat di depan aku dalam keadaan bogel. Dalam keadaan perkarangan rumahku yang suram aku begitu tersentak dengan terjahan ini. Aku baca ayat-ayat suci Al-Quran lalu aku hembus kepada budak itu. Tak lut rupanya lalu aku baca dan hembus sekali lagi. Toyol itu masih lagi tercegat memerhati aku. Aku up lagi ayat suci Al-Quran dan perkara yang sama aku lakukan. Astaghfirullah Hal Azim. Aku dah berpeluh bila ayat-ayat Al-Quran yang aku hembus tak menjadi. Selalunya kalau begini sekali hembus saja dah hilang makhluk. Ini tidak sitoyol begitu berani berdiri didepan aku.


Ini bermakna aku dalam masalah ni. Aku tak tahu nak buat apa-apa sekarang. Aku hanya tercegat menanti toyol ini pergi. Tiba-tiba aku terdengar suara seseorang,


" Fikri balik rumah. Dok merayau-rayau malam-malam buat apa ". Budak itu bila mendengar tok wannya memanggil terus berlari kearah tok wannya.


" Haa.. Budiman hang gempaq sikit budak ni. Suka sangat merayau malam-malam ".


Rupanya bukan aku yang kejut si toyol ni tapi dia yang kejut aku dulu. Aku cerita kepada isteriku. Ketawa dia bila mendengar macam mana aku berpeluh berhadapan dengan si toyol yang aku sangkakan. Ketika aku sendirian aku berfikir kembali tentang kejadian yang baru menimpa aku. Mungkin Allah nak mendidik aku sesuatu. Selalunya aku berkata kepada anak dan isteriku supaya jangan takut dengan makhluk halus ini. Tak ada apa. Kini bukan makhluk halus yang aku berhadapan tetapi seorang budak kecil yang tidak tahu apa-apa telah mengajar aku.


Kini baru aku tahu mungkin selama ini aku tidak menyedari bahawa dalam hati kecilku masih ada segelumit perasaan bangga diri dengan anugerah yang tak seberapa. Aku sering berkata takut apa dengan hantu, makhluk halus dan bermacam-macam lagi. Baru aku berhadapan dengan budak kecil saja aku dah berpeluh dan menggelabah. Sebagai hambanya aku hanya mampu memohon ampun diatas ketelanjuranku. Tidak ada yang paling hebat melainkan Allah. Tidak ada yang paling kaya melainkan Allah. Manusia adalah hambanya yang lemah. Itulah aku..Warna Nostalgia.


Keesokan harinya pula kereta baruku berselisih dengan unser yang membuatkan keretaku calar sedikit. Frust sungguh bila melihat kesan calar itu. Setelah melihat aku termenung sambil melihat akan calar kereta, isteriku menghampiriku lalu berkata,


" Tak apa bang sedikit saja calar tu. Syukurlah hati abang tidak calar ". Aku memandang tepat muka isteriku tanpa berkata apa-apa. Disangkanya aku marah akan tegurannya lalu dia meminta maaf.
" Tak abang tak marah malah ucapkan terima kasih kerana mengingatkan abang ".



Teringat aku bila mesyuarat surau aku berkata akan berhenti dari terus menjadi ajk surau walaupun semuanya tidak bersetuju. Aku kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang begitu hipokrit dan akhirnya isteriku yang menjadi mangsa keadaan. Kedua-dua insiden ini penuh dengan pengajaran bagiku. Adakah akhir-akhir ini aku begitu jauh dengan Allah. Semoga mendapat iktibar dari pembaca semua


Sumber ;
Ariff Budiman Zainal Abidin

TAHUKAH ANDA APA ITU ‘Ummu Sibyan???.

TAHUKAH ANDA APA ITU  ‘Ummu Sibyan???. 
Siapakah Ummu Sibyan? Diriwayatkan daripada Nabi Sulaiman bin Daud a.s. bahawa baginda telah melihat seorang perempuan tua yang sudah beruban rambutnya, dua matanya berwarna biru, kedua-dua keningnya bertanduk, kecil betisnya, rambutnya kusut masai, mulutnya ternganga dan keluar pucuk api daripadanya, dapat membelah bumi dengan menggunakan kukunya yang tajam dan boleh memecahkan batu-batan yang besar dengan pekikan suaranya.
Nabi Allah Sulaiman bertanya kepadanya, siapakah kamu? Adakah kamu daripada jenis manusia atau jin? Kerana aku tidak pernah melihat orang yang paling hodoh selain daripada engkau. Perempuan itu menjawab: “Akulah Ummu Sibyan (Ibu penyakit sawan) yang dapat menguasai ke atas anak Adam lelaki dan perempuan, aku boleh masuk ke rumah-rumah, boleh berkokok seperti ayam, menyalak seperti anjing, bertebah seperti lembu, bersuara seperti keldai dan kura-kura dan bersiul seperti ular.
Aku juga boleh bertukar-tukar wajah dengan pelbagai rupa, aku boleh mengikat rahim perempuan, boleh membunuh anak-anak di dalam kandungan dan mereka semua tidak akan mengetahui bahawa itu adalah angkara daripada aku, aku memasuki ke dalam rahim orang perempuan dan aku ikat rahimnya serta sumbat lalu dia tidak boleh mengandung dan jadilah rahimnya kosong, aku masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil di waktu janin di dalam kandungannya sedang membesar aku tendangnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua.
“Aku menyusup masuk kepada kanak-kanak perempuan ataupun orang-orang perempuan yang telah dicalitkan dengan tanda kepadanya, lalu aku mengenakan penyakit dengan ekorku, aku tukarkan kegembiraan orang-orang yang sudah bertunang dengan kecelakaan, aku menyusup masuk ke dalam badan orang lelaki dan aku menghirup spermanya yang putih pekat dan tinggal di dalamnya mani yang cair lagi jernih, maka jadilah dia mandul dan tidak akan melahirkan zuriat.
Aku juga pergi kepada peniaga-peniaga dan aku palingkan jualannya. Dengan itu, dia tidak akan mendapatkan keuntungan, aku meresap masuk ke dalam bumi yang kering, lalu aku sapu menjadikan ia tandus. Dengan itu, ia tidak lagi menjadi subur dan segala tanaman tidak akan menghasilkan buah. Aku juga menyekat kanak-kanak kecil dan aku campakkan kepadanya kepanasan yang sangat panas dan kesakitan yang mengerikan. Maka, dengan itu mengigillah badan mereka serta diconteng-conteng rupa paras mereka supaya dibenci orang”.
Nabi Allah Sulaiman pun menangkapnya sambil berkata : “Wahai perempuan yang celaka! Kamu tidak boleh lari dari genggamanku sehingga berikan satu perjanjian dan sumpah setia kepada anak-anak Adam, lelaki dan perempuan”.
Tanda-tanda bayi terkena gangguan jin Ummu Sibyan:
1.Bayi menangis melalak (matanya terbeliak memandang ke atas / sudut tertentu)
2.Kanak-kanak berjalan yang jatuh seakan-akan ditolak
3.Mengigau sambil mengatip gigi berulang kali.
4.Demam panas hanya selepas Asar hingga sebelum Subuh
Kesan dari gangguan di atas akan mengakibatkan:
1.Sawan Tangis
2.Autisme (Over Hiperaktif)
3.Nakal tahap Gaban
4.Terencat akal
5.Pelbagai kompilasi otak.
Tanda-tanda wanita mengandung terkena gangguan jin Ummu Sibyan:
1. Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.
2. Kusut fikiran.
3. Sakit di bahagian tulang-tulang belakang.
4. Mengigau ketika tidur.
5. Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.
Cara Elak Gangguan Ummu Sibyan:
1.Tutup Pintu dan tingkap Rumah Waktu Maghrib
2.Jangan angkat atau masukkan baju  yang sudah bermalam diluar rumah (jemuran tak kering)
Kaedah rawatan pada bayi:
Tiarapkan anak, jangan biarkan matanya melihat ke arah itu, baca ayat Qursi dan 3 Qul kemudian tiup ke ubun-ubunnya sampai berhenti menangis.. halaulah dengan bahasa dan bahasa masing masing seperti contoh “Wahai Ummu Sibyan pergilah kau keluar dari rumahku dan jangan ganggu anak anakku” InsyaAllah Ummu Sibyan akan pergi.
Kaedah rawatan pada wanita mengandung:

Bacakan doa-doa menghindar syaitan termasuk doa menghindar sihir seperti (surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah al-Baqarah, surah Ali-Imran dan surah al-Mu’awwizat )pada satu sudu madu asli dan kurma untuk dimakan setiap hari sebelum sarapan.
Boleh juga di bacakan doa doa pada minyak zaitun untuk di sapukan pada bagian dada dahi dan tulang belikat sebelum tidur.

3 Kelebihan Membaca Surah Al Kahfi Hari Jumaat Menurut Hadis Nabi SAW

3 Kelebihan Membaca Surah Al Kahfi Hari Jumaat Menurut Hadis





Terdapat beberapa hadis yang mengungkapkan tentang manfaat dan keutamaan pada surat ini, diantaranya:

Pertama, manusia yang membaca Al-Kahfi pada Hari Jumaat akan terhindar dari fitnah Dajjal. Nabi Muhammad SAW bersabda bahwa dengan rajin membaca surat ini pada hari Jumaat maka akan terhindar dari fitnah tersebut.

Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ
Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumat.” (HR. Abu Bakr bin Mardawaih dalam tafsirnya dengan isnad yang tidak apa-apa. Dari kitab at-Targhib wa al- Tarhib: 1/298)

Kedua, membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat  akan memperoleh pengampunan dosa diantara dua Jumat. 

Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda,
مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ أَضَآءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ
“Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum’at.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249. 

Ibnu Hajar merumuskan hadits ini dalam Takhrij al-Adzkar, “Hadis hasan.” Beliau menyatakan bahwa hadis ini adalah hadis paling kuat tentang surat Al-Kahfi. Syaikh Al-Albani menshahihkannya dalam Shahih al-Jami’, no. 6470)

Ketiga, bahwa ganjaran yang disiapkan bagi orang yang membaca surat Al-Kahfi pada malam Jumaat atau pada siang harinya akan diberikan cahaya (disinari). Dan cahaya ini diberikan pada hari kiamat, yang memanjang dari bawah kedua telapak kakinya sampai ke langit. 

Dan hal ini menunjukkan panjangnya jarak cahaya yang diberikan kepadanya, sebagaimana firman Allah Ta’ala:
يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَى نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ
Pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka.” (Qs. Al-Hadid: 12)

Dari Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ
Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 736)


Membaca Surah Al-Kahfi Pelindung Fitnah Dajjal


Nabi Muhammad SAW telah menjelaskan bahawa surah Al Kahfi ini akan melindungi manusia dari fitnah Dajjal. Caranya dengan membaca dan menghafal beberapa ayat di dalam surah ini.

Sering dikatakan bahawa sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir. 

Imam Muslim meriwayatkan dari hadits al-Nawas bin Sam’an yang cukup panjang, yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,  “Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapati zaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surat al-Kahfi.

Dalam riwayat Muslim yang lain, dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surat al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” Yakni dari huru-haranya.

Imam Muslim berkata, Syu’bah berkata, “Dari bagian akhir surat al-Kahfi.” Dan Hammam berkata, “Dari permulaan surat al-Kahfi.” (Shahih Muslim, Kitab Shalah al-Mufassirin, Bab; Fadhlu Surah al-Kahfi wa Aayah al-Kursi: 6/92-93).
Imam Nawawi berkata, “Sebabnya, karena pada awal-awal surat al-Kahfi itu tedapat atau berisi keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah. Maka orang yang merenungkan tidak akan tertipu dengan fitnah Dajjal. 

Demikian juga pada akhirnya, yaitu firman Allah:
أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنْ يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِنْ دُونِي أَوْلِيَاءَ
Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahwa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku?” Qs. Al-Kahfi: 102. (Lihat Syarah Muslim milik Imam Nawawi: 6/93)

Oleh karena itu, Rasulallah Salallahu ‘alaihi waa Sallam selalu beristi’dzah (meminta perlindunagn kepada Allah) dari empat perkara dalam shalat, yaitu: Fitnah Agama (dalam kisah ashabul kahfi), Fitnah Harta (dalam kisah dua pemilik kebun), dan Fitnah Kekuasaan (dalam kisah raja Zulkarnain).
Karena itu dalam sebuah riwayat di anjurkan membaca surah Al-Kahfi bagi orang yang menemui masa-masa dajjal berkuasa.


“Barang siapa diantara kalian yang menemuinya (dajjal), hendaklah dia membacakan ayat-ayat pembuka surah Al-Kahfi kepadanya, karena bacaan itu melindungi kalian dari fitnahnya (dajjal tersebut).” (HR. Abu Daud). (anj/R02)

Sumber: mirajnews 


1. Recitation by Syeikh Mishary Rashid Alafasy



2. Recitation by Syeikh Al-Kurdi

KISAH BENAR!! Pengalaman Misteri Bertugas Di Wad Bersalin

Saya bertugas sebagai seorang jururawat di wad bersalin di sebuah hospital kerajaan. Saya ditugaskan bekerja secara syif malam. Macam biasa saya akan rutin check semua pesakit dalam wad bersalin tu sebelum pukul 12 malam sebab tak nak menganggu pesakit berehat..

Gambar Hiasan
sumber : Google
Pekerjaan kami ini perlu lebih waspada terutama pada waktu bertugas lebih-lebih lagi ianya melibatkan nyawa pesakit aka ibu mengandung. Bekerja pada waktu orang lain sedang tidur adalah cabaran buat jururawat kerana kami terpaksa bersekang mata kerana tidak mahu terlepas satu kes pun sewaktu bertugas. Bagi menghilangkan mengantuk kami memilih untuk berborak atau membaca buku atau majalah.

Nak dijadikan cerita sewaktu saya sedang bertugas. Saya bersapa dengan seorang akak yang sedang menunggu due untuk bersalin. Kelincahan akak tersebut berborak seolah-olah kenal bertahun- tahun membuatkan kami senang mesra dengannya.

Pada suatu malam, akak tersebut di masukkan labour room setelah sampai waktu nak bersalin. Kebiasaannya selepas bersalin pesakit akan di tahan sehari dua di wad yang sama untuk pemerhatian ibu dan bayi. Saya tertanya-tanya jugak, mana akak yang selalu berborak dengan saya ni. Mungkin dah keluar wad bersalin kot.

Suatu malam seperti biasa ketika sedang khusyuk menulis laporan rutin checkup tiba-tiba akak tu muncul..terkejut saya dibuatnya..

gambar hiasan sumber: google
Lantas saya tanya akak tu, “erk akak ada lagi ke?? Saya ingat kan dah keluar. Macam mana bersalin?? Ok tak??” Akak tu hanya tersenyum..

Saya fikir mungkin dia masih lagi trauma sakit bersalin. Muka akak tersebut sedikit pucat.

Tiba-tiba akak tu bertanya pada saya “misi nak limau?’’ saya menolak kerana saya memang jenis tak gemarkan buah limau. 

Sekali lagi dia bertanya soalan yang sama “misi nak limau?” saya jawab “takpelah kak..akak makan la yer..” 

kemudian sekali lagi dia bertanya “misi nak limau?” pertanyaan ketiga terpaksa saya terima pemberian akak tu.. 

saya teruskan perbualan kami.. “ akak dah tukar wad ke?tak nampakpun tadi..” akak tu hanya geleng kepala. Agak pelik bila akak yang selalunya peramah kali ini agak dingin dan pendiam. Akak tu kemudiannya berlalu pergi..sebelum itu dia sempat melambai saya.

Kawan saya yang kebetulan baru keluar menyediakan susu bayi yang gagal disusui ibu mereka menyapa saya dari belakang. Katanya dari tadi dia memerhati saya bercakap sendirian. Saya memberitahunya yang saya berbual dengan akak peramah tu..Tergamam dia mendengar jawapan saya. 

Dia kemudiannya membalas yang sebenarnya akak yang kami berbual tu dah disahkan meninggal sewaktu bersalin tengahari tadi. Khabarnya uri dia lekat kt dalam perut dan mengalami pendarahan yang banyak.. 

Istighfar panjang saya mendapat tahu berita tersebut. Fikiran saya masih lagi bingung memikirkan kejadian itu..sekali saya teringat buah limau yang dia bagi tadi yang saya  simpan dalam beg rupanya batu.. Allahu Akbar..

Sumber: Info, Seram & Pelik (olahan kisah benar)

KELEBIHAN ZIKIR HASBI RABBI JALLALLAH



KELEBIHAN ZIKIR HASBI RABBI

----------------------------------------


Kali ini kami akan post kan zikir yang sangat digemari dan zikir ini juga dapat memberi ketenangan dalam diri kita iaitu Hasbi Rabbi..

Kita wajib menanamkan sifat yakin terhadap Allah S.W.T.. Zikir ini dapat memantapkan lagi keyakinan kita pada Allah serta ingatan kita pada NYA..

Jika anda semua berasa rindu akan seseorang, lafazkanlah dan bacalah zikir ini supaya hati anda rasa tenang dan sentiasa ingat pada Allah dan gantikan lah rindu itu kepada rindu Yang Maha Esa lagi baik...

Jika anda dapat mengerti setiap ayat dalam zikir itu adalah lebih baik kerana setiap maksud di dalam zikir ini, sangat baik dan kita hanya berserah pada Allah... Sama-samalah kita mendengar dan sentiasa menjadikan zikir harian kita..

Satu dakwah yang cukup mudah untuk dapatkan pahala iaitu SHARE post ini... jika mereka yang lain baca anda dapat pahala, ada orang berubah kerana baca post yang anda share anda dapat pahala, Jika ada orang masuk islam kerana post yang anda share anda dapat pahala... pahala mudah di dapati tapi hati selalu berat untuk memilikinya...

Usik-Usik Hati Untuk Meyentuh Iman Demi Mengenali Hakikat Kehidupan...


SELAMAT BERAMAL


Dibawah ini disertakan versi audio yang sangat merdu dan menggentarkan serta menenangkan hati bila kita menhayatinya...inshaALLAH..


Dua Orang Lelaki Tua Selamba Je Bawa 'Bumper Car' Atas Jalan Raya

Dua Orang Lelaki Tua Selamba Je Bawa 'Bumper Car' Atas Jalan Raya

Mungkin perangai kebudak-budakan mereka dah sampai







Dalam kesibukan jalan di Shenyang, China dengan kereta dan motor tiba-tiba muncul dua lelaki yang boleh dikatakan warga tua memandu 'bumper car' kereta yang kita main kalau ada kat funfair tu! 


Ramai netizen menyifatkan mereka mungkin merindukan zaman kanak-kanak mereka. Walaupun jenis kenderaan tersebut tak sesuai dibawa dan digunakan di atas jalan raya. 

Sumber: Nextshark


Tekak berlubang lepas makan lada paling pedas

Tekak berlubang lepas makan lada paling pedas





WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Satu lubang terbentuk di tekak seorang lelaki selepas memakan salah satu lada paling pedas di dunia, Ghost Pepper.

Laporan Fox News mengatakan, lelaki berumur 47 tahun berkenaan memasukkan lada tersebut ke dalam burgernya untuk satu pertandingan makanan.

Selepas memakan lada tersebut, mangsa mula muntah tanpa henti dan menyebabkan tekaknya berlubang.

Keadaan tersebut yang dikenali sebagai sindrom Boerhaave mempunyai risiko maut yang tinggi.

Walaupun berjaya diselamatkan selepas dibedah doktor, mangsa terpaksa ditahan untuk rawatan di hospital selama 23 hari.

Kepedasan lada diukur menggunakan skala Scoville dan Ghost Pepper mempunyai ukuran lebih sejuta.


Untuk perbandingan, lada hitam 'sweet bell' mempunyai ukuran 0, lada Tobasco (100) dan lada Jalapeno mempunyai ukuran 2,500.

Sinar

Pakaikan Lembu Pelekat ‘Glow-in-the-dark’ Atau Pemantul Cahaya Untuk Elak Kemalangan

Pakaikan Lembu Pelekat ‘Glow-in-the-dark’ Atau Pemantul Cahaya Untuk Elak Kemalangan





NEW DELHI: Pihak polis di wilayah Madhya Pradesh, India telah telah mengambil inisiatif memakaikan jalur pelekat yang memantulkan cahaya dalam gelap kepada haiwan ternakan terutamanya lembu bagi mengelakkan daripada dilanggar oleh pemandu-pemandu kenderaan di sana, lapor RT.

Langkah berkenaan terpaksa diambil berikutkan jumlah kemalangan yang membabitkan haiwan berkenaan begitu tinggi.

“Ramai pemandu yang cedera atau terbunuh selepas terlanggar atau dirempuh oleh haiwan-haiwan ini pada waktu malam. Jadi, ini merupakan sebahagian daripada langkah untuk mencegah kemalangan seperti ini daripada terus berlaku,” kata seorang pegawai polis di Balaghat, Kailash Chaulan.
                                     
Menurut laporan pihak berkuasa sejak hujung tahun 2015 sehingga kini lebih 550 orang telah mati akibat kemalangan dengan haiwan ternakan.



PANAS!!! Benarkah Muhyiddin Beri Kata Dua Kepada Najib : Letak Jawatan Atau Dijatuhkan?

PANAS!!! Benarkah Muhyiddin Beri Kata Dua Kepada Najib : Letak Jawatan Atau Dijatuhkan?
Reaksi wajah Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media sebaik mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO selesai pada petang Isnin menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Selain mesyuarat yang berlangsung agak “panas”, kenyataan yang dibuatnya turut dipersoalkan.

“Daripada apa yang diluahkan Najib selepas mesyuarat hari ini, jelas bahawa perbincangan berjalan dengan agak panas dan tegang.

Wajah Najib ketika bercakap dengan media adalah gambaran beliau tidak cukup gembira, tambahan pula Muhyiddin yang di sebelahnya langsung tidak menampakkan wajah senyum”.

Perbincangan empat mata antara Najib dan Muhyiddin ini telah berlangsung di Putrajaya.
Berdasarkan reaksi yang ditunjukkan, ia menjadi tanda tanya apakah hubungan kedua mereka telah benar-benar pulih.

“Semua orang sedar sebelum mesyuarat MT semalam banyak tembakan telah ditujukan kepada Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO terutama berkaitan isu 1MDB, Tabung Haji dan kesannya kepada sokongan rakyat.

“Muhyiddin, Zahid Hamidi, Shafie Apdal, Hishammuddin, Khairy Jamaluddin dan beberapa pemimpin peringkat bahagian tampil satu demi satu meluahkan kebimbangan mereka tentang kedudukan semasa UMNO”.

Najib akhirnya mengakui dan mungkin baru menyedari beliau sebenarnya ada timbalan yang boleh membantu dan sepatutnya selalu diajak berbincang.

“Gambaran daripada kenyataan ini tidak diragui lagi membuktikan Najib tidak pernah atau jarang mengajak Muhyiddin berbincang sebelum ini. Ia diperkukuhkan lagi apabila Najib memberi pengakuan “kita akan selalu bincang” yang memberi erti selama ini mereka tidak pernah berbincang sama sekali.
“Adakah Najib selama ini mentadbir seorang diri atau beliau sebenarnya ada rakan bincang yang lain selain Muhyiddin?”.

Berdasarkan jawapan yang diberikan, dia membuat andaian mungkin, orang nombor dua itu tidak pernah diajak berbincang sehingga menyebabkan Muhyiddin mengatakan beliau enggan menjawab mengenai 1MDB setiap kali rakyat meminta penjelasan daripadanya.

Isu 1MDB yang semakin terdesak juga menyebabkan buat pertama kali selepas enam tahun, Najib cuba menerima pandangan beberapa ahli MT yang menawarkan kepakaran dan pengetahuan mereka untuk menyelesaikan masalah berkaitan syarikat itu.

“Hakikat ini menunjukkan syarikat itu memang menghadapi masalah besar dan Najib nampaknya sudah tidak berupaya lagi merungkai kekusutannya. Patutlah banyak pertanyaan Tun Mahathir tidak mampu dijawabnya?

“Secara langsung hampir benarlah dakwaan pelbagai pihak termasuk Tun Mahathir terhadap 1MDB selama ini!”.

Apa yang dinyatakan Najib berhubung sokongan yang diterima pada sidang media hanya bersifat luaran atau permukaan wal hal ia berada dalam keadaan yang rapuh.

“Soalnya berapa lamakah sokongan itu mampu dipertahankan, terutama jika terbongkar lagi isu-isu lain seperti Tabung Haji yang dikaitkan dengan 1MDB tempohari?”