BAYAN LEPAS – Segelintir
penduduk di sini gempar apabila tersebarnya dua keping gambar mengenai kejadian
penemuan pocong di tengah-tengah Jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan
Abdul Halim Shah.
Pengguna
laman sosial, Rahimi Ishak berkata, gambar berkenaan tersebar sejak beberapa
hari lalu dan menjadi buah mulut penduduk setempat.
Menurutnya,
melalui gambar berkenaan dengan jelas menampakkan seolah-olah terdapat imej
yang berbungkus putih dan terbang tinggi.
“Kemudian
ia berada di atas jambatan pada gambar kedua, kejadian dikatakan berlaku di
tengah-tengah jambatan pada waktu malam.
“Saya
sendiri yang mendapat gambar berkenaan memang terkejut,” katanya kepada Sinar
Harian.
Bagi
pengguna jambatan, Mohd Ali Mohd Noor berkata, dia pada mulanya terkejut
melihat gambar berkenaan dan cuba bertanya kepada rakannya yang juga kerap
menggunakan jambatan.
“Mereka
kata ini perkara biasa, kalau dia nak muncul kita mana boleh halang, yang
penting kita kena buat biasa saja.
“Lagipun
ini bukan pertama kali berlaku cerita jumpa macam-macam makhluk halus atas
jambatan, ia adalah biasa,” katanya.
Sementara itu bagi Zulkifli Zainal berkata, pengalamannya
diganggu pada waktu malam ketika menunggang motosikal di atas jambatan pertama
Pulau Pinang membuatkannya berwaspada.
“Bukan
apa, kadang-kadang ada yang terlalu terkejut sehingga boleh sebabkan
kemalangan, kalau yang tak kuat semangat, lebih baik elakkan.
“Saya
pernah tunggang motosikal pada tengah malam di atas jambatan, setibanya di
tengah-tengah, motor saya berat dan saya terpaksa menunggang lebih kuat dan
laju, tetapi tiba-tiba ia menjadi ringan dan saya seolah-olah dalam keadaan
tercampak ke depan, nasib baik saya boleh kawal motor.
“Kalau
saya silap, bimbang kemalangan saja, apa pun kita kena tawakal kepada ALLAH
SWT,” katanya.
Bagi
pengamal perubatan Islam, Izzwandy Mamat, kejadian penemuan pocong di tengah
jambatan adalah perkara biasa.
“Laut
memang tempat tinggalnya dan mereka akan buat pelbagai rupa di kawasan mereka
tinggal.
“Tidak dinafikan laut juga menjadi tempat kepada tukang
perubatan membuang benda yang tidak baik, jadi ia bukan mustahil,” katanya
dipetik akhbar Sinar
Harian.
Sama
seperti manusia, makhluk halus berkenaan juga memenuhi setiap pelosok tempat.
“Malah
jin boleh menyerupai pelbagai bentuk tidak kiralah pocong, atau hantu raya
ataupun toyol,” katanya.
“ALLAH
mahu menguji sejauh mana keimanan kita, sama ada takut pada makhluk atau
pada-NYA.
“Ia
juga sebagai tanda supaya kejadian sebegini akan mendekatkan kita lebih kepada
ALLAH,” katanya.
Blogger Comment
Facebook Comment