Rentetan Kes Kel*r Anak dan Isteri, Baca pengakuan ibu Mertua dan Ayah Mertuanya

Rentetan Kes Kel*r Anak dan Isteri, Baca pengakuan ibu Mertua dan Ayah Mertuanya


"Anak saya dan menantu memang anak yang baik. Mereka tiada masalah. Saya tidak pernah dengar mereka bergaduh.

"Cuma akhir-akhir ini, saya tahu menantu saya tiada pekerjaan tetap selepas berhenti kerja beberapa bulan lalu. Mungkin dia ada masalah tempat kerja.

"Dulu dia ada buat kerja pembersihan di stadium, lepas itu dia berhenti kerja. Kemudian saya dapat tahu dia hanya kerja sambilan mencuci kapal di Pasir Gudang dan bantu kerja-kerja penyediaan makanan," katanya yang memaklumkan menantunya bukan seorang yang panas baran.

Sementara, isteri Rosman, Norazlina Hamdan, 50, berkata, mereka sekeluarga reda dengan apa yang sudah berlaku kerana menganggap menantunya juga anak yang baik

"Anak saya kalau ada masalah banyak cerita dengan adik-beradik dia sahaja, tetapi tidak ada pula dia mengadu ada masalah kewangan.

"Jadi saya tidak sangka perkara ini boleh berlaku kerana sudah kenal menantu lama dan mereka baik," katanya pasrah.

Jenazah kedua-dua mangsa kini berada di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu di sini, esok.

Kita sebagai orang luar yang tidak tahu hujung pangkal jangan sesuka hati menilai mereka, kita tidak berada dalam "Kasut" mereka, umpama kata-kata dari Eykaa Sajee ( rujuk Gambar bawah)


Salam Takziah buat keluarga mangsa. Semoga dipermudah segala urusan keluarga ini.


SHARE

Nama Penulis

Biodata Penulis

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment