Cara Menyimpan Daging Qurban Dengan Betul

1. Simpan dalam Portion sedikit.

Jangan menyimpan daging dalam jumlah yang banyak sekali gus. Jika mendapat banyak daging Qurban, asingkan daging dalam portion sekali masak (mengikut bilangan ahli keluarga). Kemudian simpan di dalam plastik-plastik atau bekas tipuware yang sesuai. Daging dalam keadaan beku dapat disimpan dalam tempoh lebih 1 tahun.



2. Jangan cuci daging sebelum disimpan.

Jika mendapat daging Qurban anda boleh membersihkannya  iaitu membuang segala kotoran atau bendasing yang melekat pada daging. Akan tetapi jangan sesekali mencuci dengan air. Jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat bila daging berkenaan hendak dimasak. 


3. Simpan daging di ruang sejuk biasa sebelum bekukan.

Untuk mengekalkan kesegaran & kualiti daging, daging perlu disimpan terlebih dahulu di dalam ruang biasa peti sejuk selama 4-5 jam. Setelah itu, barulah boleh dipindahkan ke dalam  kompartmen sejuk beku/freezer.



4.  Nyahbekukan daging dengan cara betul.

Jangan sesekali nyahbekukan daging dengan air panas kerana ini akan merosakkan kualiti dagingCara yang betul adalah meletakkan daging beku di bawah aliran air paip. Pastikan daging dalam keadaan masih terbungkus rapat dalam plastik. 
Setelah daging dah ternyahbeku, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.






SHARE

Nama Penulis

Biodata Penulis

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment