Setelah 43 tahun mengumpul duit Jemaah Pakistan ini...



Baru-baru ini viral di Medsos tentang gambar seorang jemaah Haji yang terbaring lena di Masjidil Haram. 



Namun kisah sebenar di sebalik gambar tersebut adalah suatu yang bakal membuatkan ramai umat mencemburuinya.

Menurut seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Saudara Afiz Ayub, gambar tersebut adalah seorang Jemaah Haji yang berasal dari Pakistan. Jemaah ini bukannya terbaring atau berehat tetapi beliau meninggal dunia di Tanah Haram ketika sedang dalam Ihram.

Setelah 43 tahun mengumpul duit, Jemaah Pakistan ini menemui penciptanya ketika dalam ihram di Tanah Suci Al Harami.

Allahuakbar. Cerita jemaah haji pakistan ini sangat menyentuh hati & menarik untuk dijadikan tauladan umat manusia lebih - lebih lagi dalam keadaan sekarang di mana ramai yang masih terleka dalam meniti kehidupan kini.

Menurut Saudara Afiz Ayub lagi, Allahyarham telah menabung duit sejak 43 tahun yang lalu untuk menunaikan haji. Tempoh tersebut bukan lah satu masa yang pendek namun semangat yang utuh berserta takwa Allahyarham akhirnya terpilih untuk mengerjakan haji di tanah suci Mekah. Kalau kitalah pasti dah putus asa menunggu tetapi jemaah ini tidak pernah berputus asa menunggu selama 43 tahun untuk menunaikan Haji.

Apa yang menariknya beliau telah menjual tanahnya di Pakistan untuk menunaikan Haji!!! Cerita ini terbongkar apabila jemaah ini tidak mempunyai duit yang cukup menunaikan Haji. Beliau mempunyai tanah di tempat tinggalnya dan kemudian dijual kepada rakannya dan beliau berkerja mengusahakan tanah tersebut untuk menyimpan duit untuk haji beliau.

Walaupun masa sudah berlalu dan perjuangan selama 43 tahun dalam hidup beliau, jemaah bertuah ini akhirnya mempunyai simpanan yang cukup untuk menunaikan Haji. 

Dan akhirnya setelah selesai menunaikan Haji, beliau terbaring rehat dan rohnya pergi meninggalkan dunia untuk kembali kepada penciptaNya. 

Rata-rata warganet turut mengagumi kematiannya.


INNALILLAH.. sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah suami saudari ni..
Moga Rohnya Dicucuri rahmat & ditempatkan bersama para solihin. aamiin.

Alhamdulillah kematian yang di tunggu tunggu ini adalah permintaannya sendiri yang iaitu mahu meninggal dunia di dalam Ihram.

Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham di syurga yang tertinggi & bersama solihin. Dan semoga kita juga dapat menemui pencipta dalam keadaan Husnul Khatimah.

"Ya Allah supaya kelak aku juga mati di dalam Ihramku sendiri.".. aamiin YRA..

kredit : Saudara Afiz Ayub
SHARE

Nama Penulis

Biodata Penulis

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment